3 TIPS mudah Hafal nama anak murid
- norasyikin jamil
- Dec 8, 2019
- 1 min read
PERTAMA : PANDANG WAJAH KETIKA MENYEBUT NAMA MEREKA
Buat guru-guru baharu pasti sukar nak hafal nama anak-anak murid apabila baru sahaja mengajar di sekolah dan tambahan lagi perlu menyesuaikan diri dalam persekitaran baru. Suatu kelebihan bagi guru yang sekali pandang muka murid terus melekat di ingatan. Tetapi ada juga jenis manusia yang perlu sebulan mengajar baru boleh ingat nama. Oleh itu, guru perlu memandang wajah ketika menyebut nama mereka.
KEDUA : MENULIS SEMULA NAMA MEREKA
Bukan murid sahaja yang perlu menulis apabila ingin mengingat sesuatu nota, guru juga boleh gunakan cara tersebut. Oleh itu guru boleh menulis dengan nama panggilan sahaja sudah memadai.
KETIGA : MENYEBUT NAMA KEHADIRAN SETIAP HARI

Cara ini seringkali digunakan oleh guru-guru sebelum memulakan sesi pembelajaran. Menyebut nama seorang demi seorang setiap hari mampu membantu guru mengingat nama setiap anak murid mereka dengan baik.
Comments